top of page

Tidak jenuh terus lestari makanan NUSANTARA


"DALAM usaha Cef Mel Dean menyajikan hidangan masakan Nusantara, beliau turut mengolah nama-nama menunya dengan sentuhan klasik.

Beliau mengangkat nama masakannya seperti Kerabu Raden Ayu, Permata Samudera, Lemang Semerah Padi atau Nasi Ulam Cakerawala.

Baginya, dalam menyediakan hirisan daging yang lembut untuk dimakan, ungkapan bahasa Melayu dalam menunya seperti Cakerawala atau Semerah Padi juga perlu menusuk kalbu.

"Nama-nama menu ini saya bentangkan berdasarkan sejarah, budaya, filem Melayu klasik, warna dan bentuk yang berasal daripada Nusantara," ujar Cef Mel.

Baginya tanpa sentuhan klasik tersebut tidak cukup lengkap gabungan hidangannya dengan restoran yang terletak di Gedung Kuning itu." Berita Harian Singapura





28 views0 comments
bottom of page