top of page

#KafeWarnaVista | Chef Mel Dean | Gulai Ikan Padang resipi

Diam tak diam, inilah resipi terakhir tahun ini dalam #KafeWarnaVista ! Kali ini, Chef Mel Dean berkongsi resipi Ikan Bakar Padang bersama Aura Shai! Tak ada kesempatan untuk ke Indonesia? Tak Mengapa! Boleh ke Restoran Padang di Singapura, atau...... jom cuba masak sendiri!


Gulai Ikan Padang


Bahan bahan 8 kepingan ikan - Ikut kegemaran masing2 seperti ikan kerisi, tenggiri, tongkol 200gm Sambal Kapowww(ibu sambal) 2 batang serai, di belah 2 atau dititik 2 inci lengkuas 2 inci halia 3 inci kunyit hidup 1 helai daun kunyit, dihiris 6 helai daun limau, disiat 10 batang cili padi 3 asam keping 200ml santan 550ml air 1 sudu kecil gula 1 sudu kecil garam

Cara cara 1. Kisar lengkuas, halia, kunyit hidup tanpa air 2. Panaskan minyak, masukkan serai, diikuti bahan2 yang telah dikisar. 3. Selepas 3 minit, masukkan ibu sambal dan masak selama 5 minit, masukkan hirisan daun kunyit dan masak selama 2 minit. 4. Masukkan santan, air, gaul, diikuti dengan ikan, daun limau, asam keping, Cili padi, garam & gula . 5. Masak selama 12 hingga 15 minit dengan api yang sedang. 6. Sedap dimakan dengan nasi putih serta ulam ulaman.

Nota Jika anda tidak mahu kisar, boleh juga hiris lengkuas, halia. Kunyit hidup ditukar dgn 1 sudu setengah kecil serbuk kunyit. Santan boleh digantikan dengan susu rendah lemak.

129 views0 comments
bottom of page